Kerjaya Fauzi Nawawi

Beliau memulakan langkah dalam bidang seni dengan menjadi pelakon lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan pembikin VCD. Selain itu, beliau turut menjadi krew produksi dan pembantu pengarah drama pada 1998.[4]

Pada tahun 2001, beliau mula mendapat tempat di mata pengarah dengan menjadikan beliau pelakon utama, dengan memegang watak antagonis. Nasib beliau dalam drama cerah apabila mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai watak. Rezeki akhirnya menyebelahi beliau apabila beliau dinobat Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.

Hasil daripada lakonan beliau dalam drama, beliau mendapat tawaran menjadi pelakon utama filem Orang Minyak. Beliau pernah tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Halal.

Beliau mendapat tawaran menjayakan teater Tsunami pada 2007. Beliau sekali lagi mendapat tawaran untuk pementasan teater saduran daripada filem arahan Allahyarham P. Ramlee dengan menggunakan tajuk yang sama, iaitu Semerah Padi. Dalam teater arahan Rosdeen Suboh ini, beliau memegang peranan Teruna, yang pernah dibawa oleh Allahyarham Nordin Ahmad.[1]

Beliau mengorak langkah sebagai pengarah filem apabila mengarah filem garapanya sendriri, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[5] Fauzi membuka perniagaan hotel bajet pada Julai 2018.[6]

Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Munafik 2 di mana memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar lakonan Nasir Bilal Khan.[7] Untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.[8]

Rujukan

WikiPedia: Fauzi Nawawi http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fauzi-naw... http://www.imdb.com/name/nm2683519/ http://www.hmetro.com.my/articles/ImpiwatakDara/Ar... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pak-pong-mas... http://www.utusan.com.my/hiburan/fauzi-nawawi-tima... http://www.info-gallery.org/2011/02/bintang-fauzi-... https://www.budiey.com/gambar-lisdawati-fauzi-nawa... https://www.instagram.com/fauzinawawi_new/ https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/...